kentut
Saturday, May 1, 2010
Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.
Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.
Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa menit.
Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya.
Keesokan harinya anaknya datang melawat.
“Bagaimana keadaan ayah di sini?” tanya anaknya.
“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”
“Masalah apa ayah?”
“Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini”
710??
Sunday, April 18, 2010
Beberapa hari yang lalu, saya sedang menunggu kereta saya untuk disiapkan di bengkel
berdekatan, apabila seorang gadis singgah dan bertanyakan sebuah tujuh-ratus-sepuluh (710).
Kami berpandangan sesama sendiri, dan seorang pelanggan bertanyakan, “Apa benda tujuh-ratus-sepuluh tu?”
Gadis itu menjawab “Awak tahu kan, benda kecil di bahagian tengah enjin, saya telah kehilangannya dan memerlukan yang baru.”
Gadis itu menambah bahawa dia tidak berapa tahu benda itu, tapi benda itu ada di situ setiap masa.
Mekanik kami memberikan dia kertas dan pen dan meminta gadis tersebut melakarkan bagaimana rupa benda itu. Gadis itu melukis satu bulatan dan di tengahnya bertulis 710.
Mekanik kami masih ragu-ragu. Dia kemudiannya membawa gadis tersebut ke kereta lain yang ‘hood‘nya memang terbuka ke atas dan terpampanglah bahagian enjin kereta itu yang masih belum siap diservis.
Dia bertanyakan pada gadis itu “Adakah benda 710 itu di kereta ini?”.
Gadis itu menuding dan berkata,”Sudah tentu lah, itu dia bendanya…”
You kena bayar ….
Lelaki itu memandang kekasihnya dengan pandangan yang mengoda…Tiba-tiba kekasihnya bersuara. Sayang, sebenarnya I sepatutnya bagitau u awal2..I sebenarnya pelacur..so kalau u nak…u kene bayar..sekali RM50..
Lelaki itu merenung kekasih nya yang seksi itu..lalu tanpa bicara menghulurkan RM50 kepada kekasihnya itu..Lalu mereka pun melakukannya…
Setelah selesai…Lelaki tersebut hanya menghisap rokok dan merenung ke luar tingkap kereta..Setelah beberapa ketika..Kekasihnya bersuara Sayang…takkan kita nak lepak sini je..jom la kita balik ke bandar….Lalu lelaki itu pun menjawab..Sebenarnya dah lama I nak gtau u awal2 yang I ni driver teksi…kalau u nak balik..u kena bayar i RM60….
emak yang sangat bagus..anak yang soleh...
Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali.Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang di sebelahnya. “Sudah sampai Ipoh belom?”
Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. “Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..nanti kalau sampai saya akan kejutkan!”
Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,”Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?”
Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. “Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!”
Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa
pada si anak,sehingga ketika sampai di Ipoh, tidak ada seorang pun yang membangunkannya.
Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang,”Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni. perlukah kita hantar semula anak ini?”
Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh… Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..
Sesampai di Ipoh… si anak dibangunkan.”Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!” Kata pemandu..
Si anak bangun dan berkata..”Oh sudah sampai ya!”
Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan…”Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?” tanya pemandu kebingungan.
“Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!”
Mr.Bean!





