aku nih seorg y brhati mulia....kah3..kalo x caye, tnye la upin & ipin, dan , mereka akan jawab......???

Suami Kedekut

Sunday, January 30, 2011


Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang yang kedekut.

Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin.

"Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin...
"Awak ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini.. adalah wang saya!"

Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan
melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan. Lalu ia bertanya kepada isterinya,

"Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?"

Isterinya tidak menjawab... dan terus menarik tangan suaminya masuk kebilik.
Di dalam bilik.. suaminya mengulangi pertanyaannya.. lalu si isteri pun menanggalkan semua pakaiannya dan berjalan ke depan cermin..

"Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin...
"Itu adalah kepunyaanmu... dan yang diluar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual satey ini !"

MOM...CAN YOU BUY ME A BRA?

Profesor sibuk


Profesor Bakri adalah seorang profesor yang terkenal dengan kepintarannya� Dia terlalu tekun dengan ujikaji yang dilakukannya sehinggakan terlupa untuk makan minum malah sudah dua hari tidak pulang ke rumah� lalu isterinya menelefon..

�abang.. ingat ya, malam ini abang mesti pulang ke rumah untuk makan malam. Jaga kesihatan�. pesan isterinya�

�Ya, baik.. abang janji.. agaknya dimana kita hendak makan malam nanti?� tanya professor itu.

�Di rumah saja lah bang..�. �Baik lah.. tapi dimana tu? Saya catat alamatnya dulu��.

Si penjual telur


Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: �Dik, telur sekilo berapa?�

Penjual: �Telur ayam atau telur itik?�

Pembeli: �Telur ayam.�

Penjual: �Telur ayam biasa atau ayam kampung?�

Pembeli: �Ayam biasa.�

Penjual: �Yang tempatan atau yang import?�

Pembeli: �Yang tempatan.�

Penjual: �Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?�

Pembeli: �Yang Ipoh lah�� (Sambil terlihat kesal).

Penjual: �Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?�

Pembeli: �Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?�

Penjual: �Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Perkara Yang Perlu Kita Buat Apabila Kita Kecewa - petua dari kelab kecewa

Saturday, January 15, 2011

Resam manusia tidak lari dari perasaan kecewa. Adakalanya begitu sukar untuk kita menerima kekecewaan itu sehingga kita terfikir untuk melakukan perkara perkara yang mungkin kita terfikir sewaktu kita di dalam keadaan normal.

Berikut adalah perkara perkara yang perlu kita buat untuk mengelakkan kita daripada terus mengalami trauma kecewa tertonggeng monggeng dan sukar menerima hakikat diri.

1. Dalam keadaan yang amat kecewa itu. Kuatkan semangat anda. Pergi ke tempat yang ada ramai orang. Bagi setiap orang yang ada temui, tanya kan mereka. “Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?”

2. Beli makanan banyak banyak (sebaiknya makanan basah yang tidak tahan lama) jangan letakkan dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikan perubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Rekod dalam buku nota anda sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat, spora dan sebagainya.

3. Jika kita rindukan detik detik waktu bergayut di telefon, dan kita terasa begitu sukar untuk melupakan tabiat lama kita itu. Cepat cepat angkat telefon, dail sebarang nombor 103 Telekom Malaysia. Petugas petugas Telekom Malaysia bersedia melayan sebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda di marahi. Bagitahu mereka yang anda baru di kecewakan dan memerlukan seorang untuk anda luahkan perasaan anda.

4. Sekiranya anda terasa terlalu rindu sehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buat senaman ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. Kemudian pergi ke dapur, alih semua almari dan peralatan yang hampir dengan dinding. Perhatikan sebarang pergerakkan lipas dan semut. Ekori mereka. Mereka mungkin, perompak yang di kehendaki oleh polis. Anda telah membantu menangkap penjenayah !!!

5. Anda rindu mendapat email dari si dia? Bukak account email baru yang dekat dekat namanya macam email kekasih anda, dan compose email berbentuk cinta dan rindu. Hantarkan kepada email anda yang selalu anda gunakan untuk berhubung dengan dia. Taraaaaa!!! Checklah email anda yang asal itu. Anda pasti gembira mendapat email yang seolah olah dari dia.

6. Marah pada dia? Itu adalah normal ! Ambik bantal peluk anda. Pakaikan bantal peluk anda seperti anda ingin kekasih anda bergaya. Letakkan di hujung katil. Apabila anda telah bersedia, hamburkan segala yang terbuku di hati anda. Luahkan segala galanya. Tapi awas, jangan sampai ada berlaku penderaan pada bantal kekabu anda. Sebarang luka luka dan lebam tidak di benarkan. Selepas anda rasa puas memarahi bantal tersebut. Bukakan pakaian dia, dan check sama ada berlaku sebarang pendarahan ataupun tekanan emosi pada bantal tersebut. Sekiranya tidak ada, peluk lah bantal tersebut dan tidur seperti biasa. Ulangi langkah tersebut sekiranya anda tidak berpuas hati dengan mainan dalaman anda.

7. Bukak tv dan tontonilah cerita cerita aksi. Bayangkan kekasih anda itu adalah orang jahat dan anda hero dalam filem tersebut. Setiap kali ada adegan tembak menembak, pastikan anda melakukan aksi yang sama di depan tv. Semestinya anda akan berasa satu kepuasan apabila cerita tersebut tamat dan penjahat itu mati di tangan anda.

8. Jangan dengar lagu lagu yang boleh mengingatkan anda kepada si dia. Anda masih di benarkan mendekati radio, tetapi putarkan lagu lagu yang anda benci seperti keroncong, lagu lagu melayu deli dan juga irama asli. Bayangkan anda sedang menyanyikan lagu tersebut di telinga si dia, dan pastinya si dia akan menyampah apabila mendengarnya. Serikan nyanyian anda dengan aksi aksi dan memek muka yang menjelekkan menandakan anda begitu marah dengan sikap si dia yang mengecewakan anda.

9. Tanam segala harta benda pemberian si dia. Kalau boleh poskan kesemuanya ke alamat rumah nenek anda untuk di simpan di sana. Berilah kebenaran untuk nenek anda menggunakan apa yang dia rasa perlu. Contohnya teddy bear, biarkan nenek anda tidur dengan teddy bear tersebut. Anda pasti merasa satu melihat nenek anda gembira tidur berteman dan anda akan dapat melupakan si dia dengan pantas.

10. Untuk jalan mudah menenangkan hati dan fikiran anda ketika anda di kecewakan oleh pasangan anda? Lakukan semua perkara yang anda lakukan dalam keadaan terbalik. Anda berjalan terbalik. Anda menekan pedal minyak kereta dengan kaki kiri. Anda tidur berbaring. Anda menyapu dalam keadaan terlentang dan sebagainya. Variasi kan pergerakkan anda. Ingat, setiap aksi yang anda lakukan memerlukan anda untuk belajar gaya baru. Anda pasti seronok dengan perkara baru yang anda lakukan ini. Dan dengan mudah anda akan dapat melupakan si dia dalam sekelip mata sahaja.

Selamat mencuba !

Mr.Bean!

Mr.Bean!