Karipap 3 Seringgit
Sunday, January 30, 2011
Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya. Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?. Tanya gurunya. RM 1 cikgu!. jawabmurid itu spontan. Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang. mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?. Amer tetap memberi jawapan RM1 Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata; kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment