aku nih seorg y brhati mulia....kah3..kalo x caye, tnye la upin & ipin, dan , mereka akan jawab......???

-cara menjawab telefon-

Saturday, April 4, 2009

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

-cucu & atok-

Tuesday, March 3, 2009

“Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?” Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: “Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???” (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: “Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.”
Atuk: “Tak sama apanyerr???”
Cucu: “Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?”
Atuk: “?…?…?…?…?…?”

-doktor & kubor-

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.
Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.
"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.
"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul…

-kentut itu membahagiakan-

Tuesday, February 24, 2009

Jarang sekali kita dengar pompuan
kentut kuat kuat terutamanya bila
tengah keluar dengan lelaki. Mereka
sanggup tahan kentut sampai biru biru
muka semata mata tak mau kentut depan
teman lelaki mereka. Padahal, lelaki
sikit pun tak kisah jika pompuan
terkentut. Adat la tuh dah nak
terkentut. Paling kurang lelaki akan
berkata ”Eh! Makan apa kentut busuk
dan kuat sangat nih???“ Dan secara
otomatik lelaki dan pompuan tadi akan
ketawa bersama sama. Ini akan
menjadikan hubungan mereka semakin
ceria.
Lelaki secara lazimnya terkentut
secara tak sengaja. Dan apabila benda
ni terjadi, lelaki dengan secara tak
malunya akan mengaku depan teman
wanitanya bahawa dia terkentut. Dan
teman wanita secara spontan akan
berkata ”Tak senonoh la…“ sambil
mengejek manja teman lelakinya itu.
Dan lihatlah betapa harmoninya
hubungan mereka.
Jika dahulu pompuan asyik menahan
kentut ketika bersama teman lelakinya,
namun kini pompuan dengan beraninya
memberitahu lelaki bahawa dia nak
terkentut. Pendek kata, kentut mintak
izin. Tengok…bagaimana kentut mendidik
pompuan supaya menjadi begitu tertib.
Dan hubungan mereka secara tak
langsung akan bertambah baik.
Jika dahulu pompuan berkata perbuatan
teman lelakinya yang asyik terkentut
sesuatu perbuatan yang tak senonoh,
namun kini dia semakin mengaguminya
dan semakin menghormati…kerana itu
adalah trademark teman lelakinya. Mana
nak jumpa dah lelaki camtu…
Akhir sekali, jangan sesekali malu
jika anda terkentut ketika anda
berkunjung ke rumah dan menemui ahli
keluarga pasangan anda. Ini kerana
jika anda terkentut, ahli keluarga
pasangan anda akan gelakkan anda
secara beramai ramai. Secara tak
langsung, ini akan mengeratkan
hubungan anda bersama bakal bakal ahli
keluarga anda.
Kesimpulan:
Kentut itu membahagiakan… .anda setuju???

Mr.Bean!

Mr.Bean!