aku nih seorg y brhati mulia....kah3..kalo x caye, tnye la upin & ipin, dan , mereka akan jawab......???

710??

Sunday, April 18, 2010

Beberapa hari yang lalu, saya sedang menunggu kereta saya untuk disiapkan di bengkel
berdekatan, apabila seorang gadis singgah dan bertanyakan sebuah tujuh-ratus-sepuluh (710).

Kami berpandangan sesama sendiri, dan seorang pelanggan bertanyakan, “Apa benda tujuh-ratus-sepuluh tu?”

Gadis itu menjawab “Awak tahu kan, benda kecil di bahagian tengah enjin, saya telah kehilangannya dan memerlukan yang baru.”

Gadis itu menambah bahawa dia tidak berapa tahu benda itu, tapi benda itu ada di situ setiap masa.

Mekanik kami memberikan dia kertas dan pen dan meminta gadis tersebut melakarkan bagaimana rupa benda itu. Gadis itu melukis satu bulatan dan di tengahnya bertulis 710.

Mekanik kami masih ragu-ragu. Dia kemudiannya membawa gadis tersebut ke kereta lain yang ‘hood‘nya memang terbuka ke atas dan terpampanglah bahagian enjin kereta itu yang masih belum siap diservis.

Dia bertanyakan pada gadis itu “Adakah benda 710 itu di kereta ini?”.

Gadis itu menuding dan berkata,”Sudah tentu lah, itu dia bendanya…”

Nak tau benda apa 710 2?? Klik sini..

0 comments:

Mr.Bean!

Mr.Bean!